SEJARAH
GURU-GURU SK JELAI
![GURU-GURU SK JELAI](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeaqG9-ooSecacKkJmoXSX_ZeqxuRyQDBoaBLtZLvOrZRGJ3cSYj3vhTewIEFOkyqFejAGYFt-h188d5bBsDcy5lU8bTb7E_dRY4syQuI0mwuggmCFQZDnnz5zilfzYEicHCKhBIKSUEWI/s890/photo6194892366704388325.jpg)
TKRS - LATIHAN MEMASAK
17 OGOS 2016 - Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) SK Jelai telah mengadakan latihan memasak perkhemahan. Guru penasihat yang terlibat pada minggu ini ialah Pn Siti Hajar, Cik Nurul Raihana dan Pn Nor Elyana. Ahli dibahagi kepada 4 kumpulan diberi tepung, bawang, kentang dan garam.Cucur bawang setiap kumpulan dihidang dan dinilai oleh guru. Tahniah atas kerjasama semua dalam memberi ilmu kepada anak-anak murid.
Sesi penerangan dan persiapan bahan
Aktiviti memasak
MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2016
15 OGOS 2016 - Telah diadakan satu majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Jelai. Berikut adalah rentetan majlis ini.
Ucapan dan taklimat Pelancaran
Bulan Kemerdekaan 2016 Peringkat SK Jelai
Gimik pelancaran
Nyanyian lagu patriotik
Terima kasih kepada Pn Siti Norhaiza
bt Othman, Guru Besar SK Jelai atas kesudian melancarkan bulan kemerdekaan 2016
peringkat sekolah
BIJAK PRA SEKOLAH 2016
13 OGOS 2016 - Telah diadakan Program Bijak Pra Sekolah di SK Toh Sajak Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama. Tahniah kepada guru-guru pembimbing atas kejayaan tempat pertama dalam pertanndingan "Go Green" dan saguhati bagi pertandingan bercerita Bahasa Inggeris (Story Telling).
KONFERENS PENDIDIKAN ABAD KE 21
6 - 7 OGOS 2016 - Konferens Pendidikan Abad ke 21 telah diadakan di Hotel Perdana Taiping. SK Jelai telah terpilih untuk membuat pameran mengenai 'BIG BOOK' LINUS. Alhamdulillah ramai yang memuji penghasilan 'BIG BOOK' tersebut. 3 orang guru telah menghadirkan diri untuk sesi penerangan di kiosk 'BIG BOOK'. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam penghasilan tersebut.
Mantan Guru Besar, Pn Hajah Kasma turut hadir menyaksikan pameran tersebut.
Pn Faridah bersama 'BIG BOOK' Literasi BI
'Big Book' SK Jelai
Pn Ku Salleha bersama 'BIG BOOK' Literasi BM
Pn Radziah bersama 'Big Book' Numerasi
Pn Anida dan Pn Ku Salleha pada hari kedua pameran
Subscribe to:
Posts (Atom)