9-13 Mei 2016- Panitia ICT telah menganjurkan Minggu ICT 2016 Peringkat SK Jelai yang telah dirasmikan oleh Pn Hjh Kasma bt Mohd Saaid, Guru Besar SK Jelai. Pelancaran dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Guru Penyelaras Bestari SK Jelai iaitu Pn Siti Hajar binti Mohd Kaser tentang perjalanan program Minggu ICT 2016. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan Ucapan Perasmian Pn Guru Besar seterusnya merasmikan Minggu ICT. Gimik pelancaran didahului dengan upacara memotong bunting Minggu ICT dan diikuti dengan tayangan montaj pelancaran.
Majlis Pelancaran Minggu ICT 2016 yang disempurnakan oleh
Guru Besar SK Jelai, Pn Hjh Kasma bt Mohamad Saaid.
Jualan buletin ICT pada waktu rehat hari Isnin, 9 Mei 2016 berharga RM 1 yang dikendalikan oleh Juruteknik Komputer SK Jelai, Cik Nor Syazwani Afiqah.
No comments:
Post a Comment