SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK JELAI

16 Mei 2016 - Satu tarikh keramat yang akan dikenang dan diingati saban tahun. Pada hari ini, Isnin 16 Mei Sambutan Hari Guru peringkat SK Jelai telah dijalankan dengan penuh meriah. Majlis dimulakan dengan perhimpunan pagi. Murid berkumpul di Dataran Kejat mengikuti bacaan perutusan KPM dan Ketua Pengarah Pelajaran yang disampaikan oleh PK Pentadbiran dan PK HEM SK Jelai. Perhimpunan pagi tamat dan majlis berubah ke Dewan Terbuka SK Jelai untuk Sambutan Hari Guru. Majlis diteruskan dengan deklamasi sajak persembahan daripada murid Tahun 5 UPM dan dikuti persembahan 3 buah lagu daripada guru-guru SK Jelai. Permainan pula bermula dengan bola sepak antara guru dan murid kemudian permainan dalaman Sahibba antara guru dan murid juga. Murid diberi aiskrim seorang satu kemudian acara memotong kek. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah.

 Bacaan perutusan oleh Pn Farah Hanim bt Sulaiman, PK HEM SK Jelai

 Gaya bebas guru-guru SK Jelai

 Wajah-wajah ceria guru-guru

 Acara memotong kek oleh Pentadbir-pentadbir SK Jelai sebagai simbolik sambutan

 Wajah-wajah riang 

 Serba kuning guru-guru SK Jelai

Pasukan guru dan staff SK Jelai sebelum perlawanan bola sepak

Pasukan murid sebelum perlawanan bola sepak

Guru Besar SK Jelai turut sama memberi sokongan semasa perlawanan bola sepak berlangsung.






No comments:

Post a Comment