PENYERAHAN ANAK ANGKAT

11 JULAI 2016 - Setiausaha kecemerlangan telah merancang satu lagi program dan dilaksanakan pada hari dan tarikh ini. Objektif utama program mentor mentee ini adalah untuk memberi peluang kepada murid Tahun 6 meluahkan masalah pembelajaran atau berbincang tentang UPSR yang akan mereka hadapi. Guru-guru sebagai ibu dan ayah angkat sedaya upaya berusaha membimbing anak-anak mereka ke arah yang lebih cemerlang.


MOTIVASI TAHUN 5 DAN 6

25 Jun 2016-satu program yang dirancang oleh jawatankuasa kecemerlangan telah menghasilkan satu program motivasi yang menggabungkan murid tahun 5 dan 6 SK Jelai bersama murid tahun 6 SK Kampung Yaman yang diadakan di Kantin SK Jelai.

Hadiah Galakan PPT tahun 6

20 Jun 2016 - telah diadakan satu pemberian hadiah cemerlang dan galakan kepada murid tahun 6 SK Jelai pada masa perhimpunan pagi.