MAJLIS PERPISAHAN PUAN HAJAH KASMA BT MOHAMAD SAAID

22 JULAI 2016 -Satu lagi memori terlakar di SK Jelai di mana, Guru Besar yang disayangi iaitu Pn Hajah Kasma bt Mohd Saaid bertukar ke Treacher Methodist Girl School (TMGS), Taiping. Berkhidmat dalam tempoh yang singkat iaitu selama 1 tahun 8 bulan namun banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau dari segi akademik mahupun kokurikulum. Beliau seorang pentadbir yang sangat berdedikasi, tegas dan bertindak pantas dalam segala hal berkaitan sekolah. Maka pada tarikh keramat ini, warga sekolah telah mengadakan satu majlis untuk beliau sekaligus mengadakan majlis sambutan raya SK Jelai. Apapun tahniah dan terima kasih atas pengorbanan serta sumbangan Pn Hjh Kasma untuk SK Jelai selama ini.


Sekitar awal majlis. Pn Hjh Kasma kelihatan sebak.

Persembahan dari guru-guru serta staff dan persembahan dari murid-murid.

Bergambar kenangan dengan anak-anak murid SK Jelai.

Bergambar kenangan dengan guru-guru. Tangisan hiba mengiringi ucapan selamat tinggal dan salam kemaafan.

No comments:

Post a Comment