TKRS - LATIHAN MEMASAK

17 OGOS 2016 - Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) SK Jelai telah mengadakan latihan memasak perkhemahan. Guru penasihat yang terlibat pada minggu ini ialah Pn Siti Hajar, Cik Nurul Raihana dan Pn Nor Elyana. Ahli dibahagi kepada 4 kumpulan diberi tepung, bawang, kentang dan garam.Cucur bawang setiap kumpulan dihidang dan dinilai oleh guru. Tahniah atas kerjasama semua dalam memberi ilmu kepada anak-anak murid.

Sesi penerangan dan persiapan bahan

Aktiviti memasak 


MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2016



15 OGOS 2016 - Telah diadakan satu majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Jelai. Berikut adalah rentetan majlis ini.


 Ucapan dan taklimat Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2016 Peringkat SK Jelai


 Gimik pelancaran


 Nyanyian lagu patriotik


Terima kasih kepada Pn Siti Norhaiza bt Othman, Guru Besar SK Jelai atas kesudian melancarkan bulan kemerdekaan 2016 peringkat sekolah

BIJAK PRA SEKOLAH 2016

13 OGOS 2016 - Telah diadakan Program Bijak Pra Sekolah di SK Toh Sajak Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama. Tahniah kepada guru-guru pembimbing atas kejayaan tempat pertama dalam pertanndingan  "Go Green" dan saguhati bagi pertandingan bercerita Bahasa Inggeris (Story Telling).


KONFERENS PENDIDIKAN ABAD KE 21

6 - 7 OGOS 2016 - Konferens Pendidikan Abad ke 21 telah diadakan di Hotel Perdana Taiping. SK Jelai telah terpilih untuk membuat pameran mengenai 'BIG BOOK' LINUS. Alhamdulillah ramai yang memuji penghasilan 'BIG BOOK' tersebut. 3 orang guru telah menghadirkan diri untuk sesi penerangan di kiosk 'BIG BOOK'. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam penghasilan tersebut.

 Mantan Guru Besar, Pn Hajah Kasma turut hadir menyaksikan pameran tersebut. 

 Pn Faridah bersama 'BIG BOOK' Literasi BI

 'Big Book' SK Jelai

 Pn Ku Salleha bersama 'BIG BOOK' Literasi BM

 Pn Radziah bersama 'Big Book' Numerasi

Pn Anida dan Pn Ku Salleha pada hari kedua pameran

MAJLIS PERPISAHAN DAN HI TEA

5 OGOS 2016 - Tahniah AJK Pengurusan dan Jawatankuasa Kelab Guru SK Jelai kerana telah berjaya menganjurkan satu majlis Hi Tea sempena Majlis Perpisahan 3 orang guru (Pn Hjh Kasma, Pn Hjh Rostina, En Mohd faizal) dan mengalu-alukan kehadiran 2 orang guru baharu (Pn Siti Norhaiza, Pn Nor Elyana).  Majlis tersebut diadakan di Suria Lake Town Resort, Bukit Merah.

 Simbolik penyerahan tugas






DIALOG PRESTASI TAHUN 6

4 OGOS 2016 -Telah diadakan sekali lagi Dialog Prestasi Tahun 6 bersama barisan pentadbir, guru-guru tahun 6 , waris murid tahun 6 dan murid-murid tahun 6 di Kelas tahun 6 UPM. Antara yang disentuh dalam program tersebut persediaan UPSR, tanggungjawab ibu bapa dan motivasi murid-murid tahun 6. Program ini dipengerusikan oleh Guru Besar baharu iaitu Puan Siti Norhaiza bt Othman.




PROGRAM INSPIRASI UPSR

3 OGOS 2016 - Program Inspirasi UPSR merupakan salah satu aktiviti di bawah unit Bimbingan dan Kaunseling. Oleh itu, guru bimbingan iaitu Tn Hj Muhammad Fadzilan bin Rasdi telah membawa 4 orang murid tahun 6 UPM ke program tersebut yang diadakan di Dewan Teratai, Taiping Golf Resort bermula 7 pagi hingga 5 petang.



 Buku Program

 4 orang murid yang terlibat

 Dalam Seminar

 Masa untuk pulang

PENYAMPAIAN HADIAH GALAKAN PERCUBAAN UPSR

1 OGOS 2016 -Guru Besar, Pn Siti Norhaiza bt Othman telah sudi menyampaikan hadiah galakan kepada murid-murid yang cemerlang dalam Percubaan UPSR yang lalu. Majlis diadakan di tapak perhimpunan semasa perhimpunan rasmi harian.





MAJLIS PERSARAAN PN HAJAH ROSTINA

29 JULAI 2016 -Majlis Persaraan Pn Hjh Rostina bt Mat Zom telah diadakan pada hari ini. Terima kasih daripada kami warga SK Jelai atas khidmat bakti Pn Hjh Rostina selama 32 tahun di SK Jelai merangkap guru Bahasa Inggeris.

 Majlis persaraan sedang berlangsung dengan ucapan dan persembahan murid

Sekitar Majlis Persaraan yang bertemakan warna ungu.

PROGRAM JQAF DI SK SUNGAI JERNIH

26 JULAI 2016 - Program Ihtifal J-Qaf telah diadakan di SK Sungai Jernih. SK Jelai tidak memenangi apa-apa tempat namun warga sekolah tetap mengucapkan tahniah kepada guru dan murid atas kesungguhan berlatih dan berani tampil membuat persembahan.


MAJLIS PERPISAHAN PUAN HAJAH KASMA BT MOHAMAD SAAID

22 JULAI 2016 -Satu lagi memori terlakar di SK Jelai di mana, Guru Besar yang disayangi iaitu Pn Hajah Kasma bt Mohd Saaid bertukar ke Treacher Methodist Girl School (TMGS), Taiping. Berkhidmat dalam tempoh yang singkat iaitu selama 1 tahun 8 bulan namun banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau dari segi akademik mahupun kokurikulum. Beliau seorang pentadbir yang sangat berdedikasi, tegas dan bertindak pantas dalam segala hal berkaitan sekolah. Maka pada tarikh keramat ini, warga sekolah telah mengadakan satu majlis untuk beliau sekaligus mengadakan majlis sambutan raya SK Jelai. Apapun tahniah dan terima kasih atas pengorbanan serta sumbangan Pn Hjh Kasma untuk SK Jelai selama ini.


Sekitar awal majlis. Pn Hjh Kasma kelihatan sebak.

Persembahan dari guru-guru serta staff dan persembahan dari murid-murid.

Bergambar kenangan dengan anak-anak murid SK Jelai.

Bergambar kenangan dengan guru-guru. Tangisan hiba mengiringi ucapan selamat tinggal dan salam kemaafan.

PERSEDIAAN MEMBUAT 'BIG BOOK'

20 Julai 2016 - Satu pemantauan dari unit PPD LINUS telah dijalankan untuk melihat perjalanan pembikinan Big Book LINUS bagi LITERASI BM dan BI serta NUMERASI. Beberapa teguran dan penambahbaikan dillakukan sebelum dipamerkan pada Pameran Peringkat Kebangsaan di Hotel Perdana Taiping bulan Ogos nanti.

Guru-guru sedang menyiapkan Big Book LINUS

Big Book LINUS NUMERASI

Pemantauan dari pihak PPD LMS untuk melihat perjalanan pembuatan Big Book LINUS sebelum dihantar untuk pameran.


 Bergambar kenangan sebelum dihantar ke PPD LMS


Team Big Book LINUS 2016