BENGKEL PENULISAN SEMARAK ILMU

27 MEI 2016 - Satu program penulisan kreatif telah diadakan di SK Toh Sajak selaku Pengerusi Zon Batu Kurau. Dua orang murid tahun lima yang terpilih telah terlibat dalam bengkel ini iaitu Muhammad Izz Hazim bin Mohamad Nizam dan Nur Fatini Husna bt Saifobahri. Guru Besar, Pn Hajah Kasma bt Mohamad Saaid bersama Gru Media, Cik Nurul Raihana turut serta dalam menjayakan majlis ilmu ini. Semoga segala ilmu yang diperolehi dimanfaat bersama.

MAJLIS ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK 2016

25 MEI 2016 - Disempurnakan oleh YB Dato' Zainol Fadzi Bin Paharudin, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak bertempat di Dewan Utama, Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Peserta SK Jelai seramai 5 orang murid tahun 6 iaitu Amer Shafuan, Alif Hasani, Nur Syamimi, Asminadira dan Nur Hanim.




PROGRAM PEMBUGARAN EMOSI DAN MEMPERKASAKAN MINDA CALON UPSR ZON BATU KURAU

23 MEI 2016 - Program ini dijalankan di SK Toh Sajak, Batu Kurau dan ceramah disampaikan oleh Pn Ainul Farhiah bt Azid, kaunselor SK Kg Perak, Batu Kurau. Guru Pengiring SK Jelai, Pn Anida bt Mahmod Zahidin bertugas mengawasi murid di sana. Tahniah murid-murid SK Jelai yang terpilih.

 Murid-murid yang hadir dan sebahagian aktiviti yang dijalankan

Pn Anida bt Mahmod Zahidin, Guru Pengiring SK Jelai sedang memerhatikan mrid menjalankan aktiviti kumpulan.

ENGLISH WEEK

23 - 27 Mei 2016 telah diadakan English Week dengan tema " Teaching is learning, Learning is Talking". Majlis Perasmian disempurnakan oleh Pn Hjh Kasma bt Mohamad Saaid, Guru Besar SK Jelai. Tahniah Panitia Bahasa Inggeris atas usaha untuk meningkatkan kecemerlangan dalam subjek ini.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu ini ialah:

  • I am Reading
  • Word Puzzle
  • Spell it Right
  • Coloring Contest
 Ketua Panitia Bahasa Inggeris, En Izhar bin Brahim sedang menyampaikan taklimat Minggu Bahasa Inggeris

Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Inggeris


MALAM KIRANA BUDI MEKAR BERZAMAN

20 MEI 2016 - Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Parlimen Larut 2016, satu majlis diadakan diberi nama "MALAM KIRANA BUDI MEKAR BERZAMAN" dengan tema " Guru Pembina Negara Bangsa" bertempat di Hotel Taiping Perdana disempurnakan oleh YB Dato' Seri Diraja Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia jam 8.00 malam. 9 orang guru termasuk Guru Besar SK Jelai mewakili SK Jelai memeriahkan majlis tersebut. Dengan tema Merah, guru-guru nampak menyerlah dan gah bergaya.

 Kad Jemputan

 Antara wakil SK Jelai yang hadir. Manis Pn Hjh Kasma, Guru Besar berbaju merah...
Guru-guru SK Jelai sedang menikmati makanan malah 3 rang daripada mereka bertuah dapat pulang dengan hadiah cabutan bertuah. Tahniah kalian.


PROGRAM HALAQAH TAFAQQUH FIDDIN GPI / GBA ZON BATU KURAU

19 MEI 2016 - Telah diadakan satu program di bawah GPI / GBA Zon Batu Kurau. Program berlangsung dari 2.30 ptg - 4.30 petang bertempat di Bilik Gerakn SK Jelai dan Surau SK Jelai.






JALINAN MESRA FIDER SCHOOL

19 MEI 2016 - Kehadiran Pentadbir-pentadbir SMK Jelai, Pengetua, En Nazri, PK Pentadbiran, En Shahidan dan Kaunselor Pn Rabaayah ke SK Jelai bertujuan mengeratkan lagi hubungan dan mewujudkan  koloborasi antara sekolah dalam mukim ini. Mereka sempat meninjau kawasan sekolah dengan diiringi Pn Hjh Kasma bt Mohd Saaid, Guru Besar SK Jelai.

Perbincangan di bilik Guru Besar

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK JELAI

16 Mei 2016 - Satu tarikh keramat yang akan dikenang dan diingati saban tahun. Pada hari ini, Isnin 16 Mei Sambutan Hari Guru peringkat SK Jelai telah dijalankan dengan penuh meriah. Majlis dimulakan dengan perhimpunan pagi. Murid berkumpul di Dataran Kejat mengikuti bacaan perutusan KPM dan Ketua Pengarah Pelajaran yang disampaikan oleh PK Pentadbiran dan PK HEM SK Jelai. Perhimpunan pagi tamat dan majlis berubah ke Dewan Terbuka SK Jelai untuk Sambutan Hari Guru. Majlis diteruskan dengan deklamasi sajak persembahan daripada murid Tahun 5 UPM dan dikuti persembahan 3 buah lagu daripada guru-guru SK Jelai. Permainan pula bermula dengan bola sepak antara guru dan murid kemudian permainan dalaman Sahibba antara guru dan murid juga. Murid diberi aiskrim seorang satu kemudian acara memotong kek. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah.

 Bacaan perutusan oleh Pn Farah Hanim bt Sulaiman, PK HEM SK Jelai

 Gaya bebas guru-guru SK Jelai

 Wajah-wajah ceria guru-guru

 Acara memotong kek oleh Pentadbir-pentadbir SK Jelai sebagai simbolik sambutan

 Wajah-wajah riang 

 Serba kuning guru-guru SK Jelai

Pasukan guru dan staff SK Jelai sebelum perlawanan bola sepak

Pasukan murid sebelum perlawanan bola sepak

Guru Besar SK Jelai turut sama memberi sokongan semasa perlawanan bola sepak berlangsung.






PERTANDINGAN SAHIBBA PERINGKAT DAERAH LMS 2016

11 Mei 2016 - Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah LMS 2016 telah diadakan di SK Matang. Alhamdulillah seorang murid SK Jelai, Nur Fazlin bin Faizal telah mewakili Zon Batu Kurau ke peringkat Daerah LMS. Nurul Fazlin hanya berjaya ke peringkat separuh akhir. Namun, warga sekolah berbangga dengan penglibatan murid hingga peringkat daerah. Tahniah kepada murid dan guru-guru khususnya dan Panitia Bahasa Melayu SK Jelai amnya. Semoga SK Jelai terus cemerlang pada masa-masa akan datang.

Suasana di bilik pertandingan di SK Matang

MINGGU ICT 2016

9-13 Mei 2016- Panitia ICT telah menganjurkan Minggu ICT 2016 Peringkat SK Jelai yang telah dirasmikan oleh Pn Hjh Kasma bt Mohd Saaid, Guru Besar SK Jelai. Pelancaran dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Guru Penyelaras Bestari SK Jelai iaitu Pn Siti Hajar binti Mohd Kaser tentang perjalanan program Minggu ICT 2016. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan Ucapan Perasmian Pn Guru Besar seterusnya merasmikan Minggu ICT.  Gimik pelancaran didahului dengan upacara memotong bunting Minggu ICT dan diikuti dengan tayangan montaj pelancaran. 


Majlis Pelancaran Minggu ICT 2016 yang disempurnakan oleh
Guru Besar SK Jelai, Pn Hjh Kasma bt Mohamad Saaid.


Jualan buletin ICT pada waktu rehat hari Isnin, 9 Mei 2016 berharga RM 1 yang dikendalikan oleh Juruteknik Komputer SK Jelai, Cik Nor Syazwani Afiqah.


Jualan barangan dan hadiah pada hari Selasa, 10 Mei 2016 untuk tabung ICT sempena Sambutan Hari Guru 2016 minggu hadapan yang dikendalikan oleh Pn Siti Hajar selaku Guru Penyelaras Bestari SK Jelai.
 

 Majlis Penutup dan penyampaian hadiah

TAKLIMAT PBPPP 2016


10 May 2016 - Taklimat PBPPP telah diadakan di Bilik Gerakan SK Jelai. Taklimat disampaikan oleh PK Pentadbiran, En Nazari bin Ahmad. Semoga guru-guru lebih tekun dan lebih komited dalam menjalankan tugas untuk pencapaian prestasi yang lebih cemerlang.

KEM BESTARI SOLAT

6 Mei 2016 - Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab telah mengadakan majlis sambutan Isra' dan Mikraj pada sebelah pagi selepas bacaan Yassin mingguan dan pada sebelah petang diadakan Kem Bestari Solat dikendalikan oleh ustaz dan ustazah-ustazah SK Jelai. Dalam mengejar akademik subjek teras, pengisian rohani murid amat dititik beratkan. Tahniah kepada Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab serta jawatankuasa pengelola program.

 Pelancaran oleh Pn Guru Besar, Pn Hajah Kasma bt Mohd Saaid

  Guru-guru dan murid turut sama hadir 

  Ceramah disampaikan oleh Tn Hj Mohd Fadzilan bin Rasdi, Ustaz SK Jelai

 Penyampaian cenderahati oleh Pn Guru Besar, Pn Hajah Kasma diiringi PK HEM, Pn Farah Hanim kepada Tn Hj Mohd Fadzilan

 Pendaftaran Kem Bestari Solat pada sebelah petang

 Murid di dalam kelas pembelajaran

Solat asar sebelum pulang

KARNIVAL BAHASA INGGERIS DAERAH LMS

5 Mei 2016 - Karnival Bahasa Inggeris peringkat Daerah LMS telah diadakan di SK All Saint dan SK Long Jaafar. Tahniah pasukan Action Song SK Jelai kerana mewakili Zon Batu Kurau ke peringkat Daerah LMS. Walaupun tidak mendapat tempat namun pasukan SK Jelai dikira mampu bersaing sebaris dengan nama-nama gah yang ada. Tahniah kepada semua murid yang terlibat dan tidak lupa kepada panitia Bahasa Inggeris serta guru pembimbing pasukan ini.

 Muka-muka ceria baru sampai

 Bergambar kenangan di pentas bersama guru pembimbing, Pn Siti Hajar dan Cik Nurul Raihana


Aktiviti Kokurikulum - TKRS

TKRS - Bina gajet dari sumber alam sekeliling

4 Mei 2016 - TKRS telah menjalankan aktiviti bina gajet yang dikendalikan oleh Pn Siti Hajar binti Mohd Kaser dan Cik Nurul Raihana binti Kamarulhisham selaku guru bertugas pada minggu ini. Tahniah ahli-ahli TKRS.

Karnival Bahasa Inggeris Zon Batu Kurau

 Tempat Ketiga 'Story Telling'

 Tempat kedua 'Sahibba'

Johan 'Action Song'

27 April 2016 - Karnival Bahasa Inggeris Zon Batu Kurau telah diadakan di SK Relang selaku Pengerusi Panitia Bahasa Inggeris Zon Batu Kurau. Alhamdulillah SK Jelai telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang. Pasukan Action Song SK Jelai akan ke peringkat daerah. Tahniah.

Minggu Matematik SK Jelai 2016

 Ucapan Perasmian dan penyerahan kad sifir kepada guru kelas

 Pelancaran Minggu Matematik 2016 dan dirasmikan oleh Pn Hajah Kasma Bt Mohamad Saaid, Guru Besar SK Jelai.

Kuiz matematik pada setiap perhimpunan pagi.

25-29 April 2016- Panitia Matematik telah menjalankan minggu matematik. Pencapaian dan prestasi akademik murid saling bergantung kepada kemudahan yang disediakan di sekolah, peranan ibu bapa dan murid-murid itu sendiri. Menyedari hal itu, Program Minggu Matematik ini mengisi sebahagian keperluan murid-murid iaitu memupuk semangat berpasukan dan cintakan ilmu seterusnya membentuk sahsiah murni seperti jujur, amanah dan tekkun berusaha.

Karnival Bahasa Melayu Daerah LMS

 
Pertandingan Pidato di Dewan Terbuka

 
Pertandingan Bercerita di Makmal Komputer

 
Penyampaian hadiah kepada pemenang

 
Penyampaian hadiah kepada Pengerusi Teknik

Penyampaian hadiah kepada perasmi

19 April 2016 - Karnival Bahasa Melayu Daerah telah diadakan di SK Jelai merangkap Pengerusi Panitia Bahasa Melayu Daerah 2016. Majlis berjalan dengan lancar dengan penyertaan dari 6 zon daerah LMS. karnival dirasmikan oleh, En Kairol Anuar b Nayan, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah).